ASSALAMUALAIKUM......
Alhamdulillah, Persidangan Pemuda, Wanita, dan Cawangan Kampung Perak telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Setelah satu penggal kepimpinan baru mentadbir UMNO Cawangan Kampung Perak telah banyak perubahan yang dilakukan oleh kepimpinan Pemuda dan juga kepimpinan Cawangan. Kepimpinan Pemuda sekarang dan juga ahli-ahli pemuda dapat bergerak seiring dengan cawangan tanpa menghadapi pelbagai masalah malah masalah itu dikongsi bersama-sama untuk diselesaikannya.
Melihat kepimpinan sekarang, ramai ahli-ahli UMNO yang dahulunya telah pudar dalam kalangan golongan veteren dan juga pemuda akhirnya kini kembali semula memperjuangkan UMNO. Kepimpinan UMNO Cawangan sekarang yang dipimpin oleh Encik Izhar Ishak atau dikenali sebagai Cikgu Art telah banyak membawa perubahan terutamanya kepada golongan muda. Sifat kepimpinan yang Mengutamakan Penduduk dan Pencapaian dalam UMNO Cawangan telah dititik-beratkan dalam pimpinan beliau dan ini menjadikan UMNO Cawangan Kampung Perak telah mendapat tempat dihati dan juga nama sering disebut-sebut di peringkat Bahagian UMNO Merbok.
UMNO Cawangan Kampung Perak dahulunya mundur dari segi kepimpinan, sekarang ini telah memberi peluang kepada Pemuda, Puteri dan juga Wanita untuk menonjolkan diri dalam memimpin dan membawa UMNO Cawangan kearah Parti yang boleh diterima oleh semua orang. Dengan kepimpinan yang diterima oleh semua orang, UMNO Cawangan Kampung Perak mula menarik minat beberapa ahli-ahli daripada pihak pembangkang untuk menyertai UMNO kembali. Ini menunjukkan Parti UMNO Masih lagi relevan dalam memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara.
Alhamdulillah juga,
Persidangan peringkat cawangan sekarang ini telah disertai oleh beberapa orang ahli UMNO yang bukan Melayu Bumiputera. Melihat kepimpinan baru telah berjaya membawa beberapa perubahan dalam kampung ini, telah menarik minat mereka untuk bersama-sama kembali berjuang dalam UMNO untuk mengukuhkan lagi perpaduan dan keharmonian dalam Malaysia.
Hal ini menunjukkan bahawa Konsep yang dibawa oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Razak dapat menarik semua Kaum di Malaysia bersatu menyokong Barisan Nasional. Ini terbukti dalam Pilihanraya Kecil dimana kebanyakkan telah dimenangi oleh Barisan Nasional yang mana rakyat mula sedar akan kebolehan dan kejayaan yang telah dibawa oleh Barisan Nasional