April,09, 2011. Jelajah "One" Malaysia atau singkatannya "JOM" telah membuka lembaran baru Gelombang Biru Pemuda Barisan Nasional dalam arena politik. "JOM" adalah satu program di mana salah satu jentera Pemuda Barisan Nasional dalam mendekatkan diri kepada para Pengundi Muda dan juga semua lapisan masyarakat. "JOM" diketuai sendiri oleh Pengerusi Pemuda Barian Nasional iaitu Yang Berhormat Saudara Khairi Jamaluddin merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Program "JOM" ini telah mendapat lampu hijau daripada Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merangkap Pengerusi Barisan Nasional dan juga Presiden UMNO Malaysia kepada Pemuda BN untuk menjalankan aktiviti yang dapat menarik ramai pemuda di Malaysia untuk menyertai Barisan Nasional seterusnya dapat memperkuatkan jentera Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihanraya yang ke-13 nanti.
Kali ini "JOM" telah turun ke Negeri Kedah Darul Aman, bermula daripada Parlimen Pokok Sena, Parlimen Pendang, Parlimen Merbok hingga ke Parlimen Sungai Petani. Parlimen Merbok tidak dinafikan lagi sinonim dengan pelbagai tempat bersejarah dengan bermulanya pelabuhan, tempat beribadat dahulu kala dan sebagainya. Kali ini Kampung Perak, Bukit Selambau yang berada di dalam Parlimen Merbok telah mencipta sejarah di mana seorang pemimpin Tertinggi Pemuda UMNO telah menjejakkan kaki di tanah bertuah Kampung Perak. Kampung Perak sekarang ini yang telah menjalankan Program Transformasi dan telah berjaya dalam mentadbir dan mengurus dengan lebih cekap dan betul. Oleh yang demikian Kampung Perak telah dipilih untuk mengorganisasi program "JOM" dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan Kampung Perak dan juga Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Merbok yang telah banyak membantu UMNO Cawangan Kampung Perak dalam menjalankan aktiviti.
Jelajah "One" Malaysia (JOM) di Kampung Perak telah disertai dengan pelbagai lapisan masyarakat. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti membaikpulih bumbung rumah Ayahanda Encik Abdul Wahab bin Abdullah, konvoi bermotor yang disertai lebih 600 orang yang mengiringi YB Khairi Jamaluddin. Aktiviti pertama yang dilakukan oleh YB Khairi adalah dengan mengunjungi rumah Ayahanda Abdul Wahab yang mana telah mendapat bantuan "JOM" selepas itu beliau bergerak ke Dewan UMNO untuk berucap dan beramah mesra dengan penduduk kampung yang selama ini ingin para pemimpi UMNO turun ke kampung.
Setelah beramah mesra, YB Khairi dijamu dengan masakan kampung.